Eskayvie raikan lebih 500 usahawan dan kakitangan dalam ‘Grand Annual Dinner 2023’
BERPEGANG kepada prinsip Rezeki Harus Dikongsi, Eskayvie, syarikat pengeluar produk kesihatan terlaris di Malaysia, Eskayvie Diffenz, meraikan lebih 500 usahawan Eskayvie Nexus dan kakitangan dalam satu majlis makan malam eksklusif di W Kuala Lumpur Hotel pada Sabtu lepas.
“Majlis bertemakan ‘Crazy Rich Asian’ ini diadakan khas bagi menghargai kesungguhan dan kerja keras semua yang terlibat bersama Eskayvie sepanjang tahun 2022,”
“Selain penyampaian anugerah buat usahawan Eskayvie Nexus dan kakitangan yang telah menunjukkan kecemerlangan berterusan, Eskayvie turut menghadiahkan penginapan bertaraf 5 bintang buat semua kakitangan bersama keluarga bagi menghargai usaha mereka,” kata Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed.
“3 buah Honda City model terbaru turut menjadi kejutan istimewa buat penerima Anugerah Khas iaitu 3 kakitangan yang telah memberikan komitmen luar biasa dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada syarikat. Mereka ini adalah di antara yang telah sama-sama berpenat lelah di dalam membangunkan syarikat selama ini,” kata Kartika Wati lagi.
Kemuncak acara ini adalah penyampaian hadiah sebuah Proton X50 kepada pemenang Hadiah Utama bagi kempen Cabutan Bertuah Eskayvie 2023 yang telah dijalankan bermula November 2022 sehingga Januari 2023 lalu.
“Ini berkat doa tiga orang anak saya yang semakin membesar. Saya rasa macam mimpi apabila PakNil hubungi dan bagitahu terpilih sebagai pemenang hadiah utama. Tak sangka dengan berbelanja hanya RM200, saya menang kereta Proton X50 idaman anak-anak,” kata Nurul Huda, 38, Penjawat Awam yang hadir ditemani suaminya.
“Kempen Cabutan Bertuah Eskayvie ini bertujuan menghargai semua pelanggan Eskayvie yang sentiasa menyokong dan mempercayai jenama Eskayvie. Sepanjang 3 bulan kempen dijalankan, kami menerima lebih 80,000 penyertaan untuk merebut hadiah keseluruhan yang bernilai lebih RM180,000,” ujar Kartika Wati Mohamed.
Majlis yang penuh kejutan itu turut disemarakkan dengan penyampaian hadiah pakej eksklusif Umrah bernilai RM11,000 yang dimenangi Siti Aishah Wahab untuk kempen Cabutan Bertuah bagi usahawan Eskayvie Nexus.
“Saya bersyukur sangat kerana Eskayvie beri peluang kepada kami untuk jana pendapatan bersama-sama. Eskayvie sediakan satu platform perniagaan tanpa modal yang sangat mudah untuk dibuat di mana saja. Selain itu, ada pelbagai anugerah dan insentif untuk bantu kami capai pendapatan minima empat angka sebulan. Hadiah pakej Umrah ini juga sangat bernilai bagi saya. Jualan meningkat, anugerah pun dapat. Harapan saya Eskayvie terus berkembang dan memberi manfaat kepada semua pengguna sekaligus dapat berkongsi rezeki dengan ramai lagi usahawan Eskayvie Nexus,” kata Siti Aishah Wahab sewaktu ditemuramah.
Sebagai pembuka tirai tahun 2023, Eskayvie telah melancarkan produk terbaharunya pada Januari lalu. Produk semburan aromaterapi Eskayvie Neuscential Inspire dan Eskayvie Neuscential Calme diformulasikan bertujuan untuk membantu para pengguna memperbaiki mood, fokus, memberi rasa tenang di samping melegakan simptom stres, kemurungan dan sukar tidur.
“Lebih-lebih lagi di dalam keadaan pasca-endemik ini. Bukan saja kesihatan fizikal malahan kesihatan mental turut perlu diambil perhatian bagi mengatasi isu stres yang dialami terutamanya oleh penderita post Covid. Jadi, produk semburan aromaterapi ini adalah solusi yang boleh membantu melegakan masalah yang dihadapi mereka. Ia boleh diambil bersama Mindtropic, vitamin minda yang sangat membantu mereka yang ada masalah stres dan susah tidur,” ujar Dr Syid Ayob, formulator produk keluaran Eskayvie yang sentiasa berinovasi menghasilkan pelbagai produk terbaik untuk membantu masyarakat.
Eskayvie yang menerima dua anugerah berprestij daripada SME Corp iaitu Anugerah Enterprise 50 (E50) dan Anugerah Usahawan Wanita Terbaik 2022 telah membuktikan bahawa jenama itu adalah sangat dipercayai dan semakin kukuh di pasaran. Eskayvie turut mempunyai ibu pejabatnya di Indonesia dan kini giat membangunkan usahawan Eskayvie Nexus Indonesia bagi menguasai pasaran negara tersebut yang mempunyai populasi penduduk lebih 273juta sehingga 2022.
“Eskayvie berharap semoga momentum kejayaan ini bukan sahaja dapat diteruskan malah terus dilipatgandakan dengan lebih luar biasa untuk tahun 2023 ini. Kejayaan ini tidak mungkin dapat dicapai dengan mudah. Ia memerlukan komitmen serta pengorbanan yang tinggi daripada semua pihak, baik kakitangan, usahawan Eskayvie Nexus termasuklah rakan strategik yang diibaratkan sebagai sebuah keluarga dengan ikatan ukhuwah yang sangat erat,” ujar Kartika Wati lagi.
Artikel berkaitan > Eskayvie terima dua Anugerah Enterprise 50 Anjuran SME Corp