Ekonomi

Eskayvie buka pusat edaran pertama di Sarawak

Seiring visi memperkasakan kesihatan dan ekonomi ummah, Eskayvie Sdn Bhd (Eskayvie) maju setapak lagi dengan membuka pusat edaran pertamanya di Sarikei, Sarawak.

Pusat edaran di negeri itu beroperasi secara rasmi sejak 10 Disember lalu.

Menurut Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed, keputusan berkenaan didorong permintaan mendadak dua produk berkualiti, Diffenz dan Diffenz Junior.

“Kami menjangkakan permintaan terhadap dua produk itu akan mencecah 150,000 unit sebulan bagi pasaran Sabah dan Sarawak.

“Ia bersesuaian dengan keperluan masyarakat terhadap penjagaan kesihatan yang lebih baik pada masa kini termasuk di era pandemik COVID-19,” katanya.

Kata Kartika lagi, pusat edaran terbaru di lokasi terbabit akan turut dilengkapi pusat latihan untuk usahawan Eskayvie Nexus bagi mengikuti pelbagai program latihan pemasaran dan jualan yang akan dijalankan.

“Program latihan keusahawanan ini akan dijalankan secara komprehensif untuk semua wakil jualan sah dan berdaftar sebagai Eskayvie Nexus” katanya.

Malah, Kartika optimis kewujudan pusat edaran itu dapat memberi banyak kelebihan kepada pelanggan dan pengguna khususnya di Sabah dan Sarawak.

Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie Sdn Bhd dan isterinya, Kartika Wati Mohamed (Pengarah Urusan Eskayvie Sdn Bhd).

“Produk kami kini boleh didapati dengan lebih mudah dan cepat dengan tempoh penghantaran melalui khidmat kurier yang hanya mengambil masa sekitar satu hingga tiga hari bagi Sarawak.

“Manakala bagi Sabah pula mengambil masa jangkaan dalam tiga hingga lima hari.

Inisiatif ini pastinya sangat membantu pelanggan di Sabah dan Sarawak untuk menikmati penjimatan kos penghantaran yang lebih rendah dan lebih cepat berbanding sebelum ini.

“Selain itu, pusat edaran ini turut membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan sebagai usahawan Eskayvie Nexus,” katanya.

Menjelang 2022, Kartika berkata Eskayvie mensasarkan untuk membantu seramai 50,000 usahawan menjana pendapatan lumayan.

“Pastinya dengan menjadi wakil jualan sah di seluruh Malaysia mereka berhak mencapai matlamat kewangan yang lebih baik dengan menjana pendapatan sehingga lima angka sebulan.

“Layari www.eskayvie.com untuk maklumat lanjut atau halaman Facebook Eskayvie Malaysia https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official atau Instagram @eskayviemalaysia,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button