Alam SekitarKebakaran

Enam sekeluarga melecur dalam insiden rumah terbakar di Sekinchan

Enam sekeluarga berdepan detik cemas apabila rumah didiami mereka mengalami kebakaran di Jalan Makmur, Pasir Panjang, di sini.

Menurut Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis, pihaknya menggerakkan 16 anggota dan jentera sejurus panggilan kecemasan diterima kira-kira jam 3 pagi, hari ini.

“Enam mangsa berusia lingkungan 8 hingga 41 tahun berada di rumah tersebut ketika kejadian dan berjaya menyelamatkan diri sebelum pihak bomba sampai di lokasi.

“Bagaimanapun kesemua mereka mengalami kecederaan melecur di beberapa bahagian badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kampung yang musnah 90 peratus dan sebuah kereta jenis Proton Wira dan berjaya dipadamkan pada 4.15 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Antara mangsa terlibat Jamri Manap, 41; Jurina Aziz, 46; dan anak mereka Mohd Raziq Azrai, Norhidayah, 17; Norain Jamalin, 12; dan Mohd Zazil Hidayat, 8.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button