Luar Negara

Enam roket dilancarkan dari Lubnan ke Israel

ENAM roket dilancarkan dari Rashaya Al Foukhar di utara Kfar Choub di selatan Lubnan ke arah Israel lewat malam Isnin.

Roket tersebut disasarkan ke kawasan Galilea Atas dekat sempadan Lubnan sehingga siren kecemasan dibunyikan.

Bunyi letupan bom turut kedengaran di kawasan Misgav Am dan Metulla.

Tentera rejim Israel (IDF) mendakwa kesemua roket yang disasarkan ke Israel iutu bagaimanapun tidak mengenai sasaran di negara zionist tersebut.

Sumber keselamatan Lubnan mengatakan bahawa usaha sedang dilakukan untuk mengenal pasti lokasi asal roket.

Menurutnya, sekitar 22 peluru ditembakkan oleh artileri Israel ke wilayah Lebanon bagi membalas serangan roket tersebut.

Ini adalah kejadian kedua serangan roket dari Lubnan ke Israel. Serangan itu dilakukan berikutan kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk Palestin yang sehingga kini menyebabkan lebih 200 orang maut.

Pada hari Khamis lalu, tiga roket dilancarkan dari Lubnan ke arah utara Israel tetapi jatuh di Laut Mediterranean.

Israel berperang pada tahun 2006 melawan Hizbullah di Lebanon yang telah berkuasa di selatan Lebanon. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button