Empat termasuk suspek terbunuh dalam kejadian tembakan di Illinois
EMPAT orang terbunuh dan dua lgi cedera parah dalam kejadian tembakan di Illinois, Amerika Syarikat pada Sabtu.
Salah seorang yang terbunuh termasuk suspek serangan yang ditembak mati oleh polis dalam kejadian itu.
Tembakan pertama berlaku di Farmasi CVS di Chicago pada tengah hari menyebabkan seorang lelaki berusia 30 tahun terbunuh.
Apabila polis sampai di tempat kejadian, suspek melarikan diri dan sambil melepaskan tembakan yang membunuh tiga orang lagi.
Di sebuah restoran suspek menjadikan seorang wanita sebagai tebusan yang kemudiannya turut ditembak.
Mangsa merupakan gadis berusia 15 tahun yang ditembak di kepala dan kini parah dirawat di hospital.
Pihak polis mengenal pasti suspek sebagai Jason Nightengale, 32, dan motif dia bertindak begitu masih belum diketahui. – xinhua