Luar Negara

Empat doktor meninggal dunia, termasuk seorang keletihan rawat pesakit COVID-19

SUDAH empat orang doktor meninggal dunia, iaitu tiga akibat jangkitan COVID-19, manakala seorang lagi kerana keletihan merawat pesakit wabak tersebut.

Pengurus Pengurus Besar Ikatan Doktor Indonesia (IDI) Daeng M Faqih berkata, empat doktor itu seorang Toni Daniel bertugas di Jabatan Kesihatan Bandung, manakala seorang doktor berasal dari Bogor dan Bekasi.

Merdeka.com melaporkan Toni Daniel keletihan dan meninggal dunia selepas bertugas untuk tempoh yang panjang.

Jurucakap Untuk Penanganan Virus Corona atau Covid-19 Achmad Yurianto berkata, kerajaan Indonesia menyampaikan ucapan takziah ke atas mereka yang turut terkorban semasa bertugas dan dianggap sebagai pahlawan.

“Menyampaikan duka cita yang sedalam-dalamnya atas beberapa petugas kesihatan yang menjadi mangsa Covid-19 ini,” kata dia, dalam sidang media di Jakarta hari ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button