Hiburan

Elizabeth Tan buang sampah pakai baju raya

MENCARI perhatian amat mudah bagi penyanyi Elizabeth Tan menerusi media sosial Instagramnya.

Dia dengan selambanya memakai baju ala kebaya berpotongan pendek sambil menjinjing plastik hitam berisi sampah.

Memetik laporan ruangan Hiburan dalam portal berita ASTRO Gempak, perubatan Elizabeth itu berjaya mencuri perhatian ramai.

Berikut laporan ASTRO Gempak:

Penyanyi Elizabeth Tan menarik perhatian ramai apabila menggayakan busana baju raya biarpun Ramadan baru memasuki hari keenam.

Namun, apa yang lebih mencuit hati, baju itu dipakai hanya untuk keluar rumah bagi membuang sampah.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy memuat naik rakaman video gelagatnya itu menerusi satu posting di Instagramnya, semalam.

“Hari ini Lizzy buang sampah version raya pula.

“Macam ni ok tak,” katanya sebagai kapsyen.

https://www.instagram.com/p/B_hiukSg0MS/

Sementara itu, menerusi ruang komen rata-rata memuji kecantikan penyanyi tersebut.

Namun, tidak kurang juga yang meminta supaya Lizzy tidak memainkan lagu raya kerana masih terlalu awal.

Anda boleh lihat antara komen melucukan mereka di bawah.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button