Luar Negara
Elang Hitam drone canggih buatan Indonesia, boleh terbang 30 jam
KETIKA Malaysia kecoh dengan projek kereta terbang yang kemudiannya bertukar kepada super drone, negara tetangga Indonesia diam-diam berjaya membina drone yang diberi nama Elang Hitam.
Elang Hitam buatan syarikat PT Dirgantara Indonesia akan diuji pada awal 2020 merupakan jenis ketinggian sederhana akan dikendalikan oleh tentera udara Indonesia.
Pesawat tanpa awak Elang Hitam direka secanggih mungkin bagi membuat pengawasan dari udara pada ketinggian 20,000 kaki dengan kelajuan 235 kmjam dan mampu terbang selama 30 jam.
Drone yang panjang 8.3 meter mempunyai sayap sepanjang 16 meter.