Ekonomipilihan

Ekonomi Malaysia berkembang 3.9% suku pertama 2024

Ekonomi Malaysia berkembang 3.9 peratus pada suku pertama 2024 (1S2024), berbanding 3.0 peratus pada suku sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berdasarkan jangkaan keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan ekonomi dalam tempoh itu diterajui oleh sektor perkhidmatan, dengan semua sektor utama mengalami pertumbuhan positif.

“Sektor perkhidmatan meningkat 4.4 peratus (S4 2023: 4.2 peratus) pada suku pertama 2024, disokong oleh subsektor perdagangan borong dan runcit, pengangkutan dan penyimpanan dan perkhidmatan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Sektor pembuatan melantun semula kepada 1.9 peratus% pada suku ini selepas mencatatkan penguncupan 0.3% pada suku keempat 2023, kata DOSM.

Pertumbuhan dalam sektor ini disokong oleh pembuatan produk mineral bukan logam, logam asas & produk logam fabrikasi; kelengkapan pengangkutan, pembuatan & pembaikan lain; dan produk petroleum, kimia, getah dan plastik.

Sektor perlombongan dan kuari berkembang sebanyak 4.9 peratus (S42023: 3.8 peratus) pada 1S2024 dan pengembangan sektor ini didorong merentas semua aktiviti, dengan subsektor gas asli menjadi penyumbang utama.

Mohd Uzir juga berkata, sektor pertanian meningkat kepada 1.3 peratus (4S2023: 1.9 peratus) pada suku ini daripada pengeluaran minyak sawit dan ternakan.

Sementara itu, sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang ketara pada 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku sebelumnya, terutamanya didorong oleh subsektor kejuruteraan awam. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button