Nasional

Ebit Lew hantar 2 lori bantuan lagi ke Penjara Alor Setar

JIKA semalam pendakwah bebas Ebit Lew menghantar barangan bantuan berupa 200 buah tilam dan 200 bantal, 200 helai tuala dan cadar serta 10 buah kipas, dan pelindungan muka sebanyak 2,000 keping ke Penjara Alor Setar.

Hari ini ahli perniagaan itu menghantar lagi barangan keperluan untuk banduan yang dikuarantin akibat Covid-18 dan untuk kegunaan petugas barisan hadapan di penjara tersebuut.

Ebit berkata, dua buah lori dan sebuah Hilux digunakan untuk menghantar bantuan berupa sabun mandi, ubat gigi, sabun, pinggan dan mee serta makanan, tilam dan bantal.

Barangan bernilai RM80,000 itu bagi kegunaan 2,000 orang termasuk banduan dan petugas barisan hadapan.

Ebit berkata, semua barang itu dibeli di gudang Elewsmart kecuali tilam dan bantal selesa yang beli di Fuzi Dream.

“Kita semua sebuah keluarga. Semalam banyak mesej dari keluarga petugas penjara ucap terima kasih. Mereka teramat gembira dan terharu. Jabatan penjara mengucapkan terima kasih. Syukur dapat membantu.

“Berjuta pengorbanan petugas disana. Ya Allah selamatkanlah sembuhkanlah mereka semua di penjara. Di seluruh Malaysia. Angkatlah covid 19 ini. Hilangkanlah terus. Satukan hati kami semua rakyat Malaysia dengan kasih sayang,” kata Ebit.

Hari ini Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan meminta agar bantuan yang dihulurkan oleh Ebit tidak seharusnya dipolitikan dengan tujuan untuk memberi gambaran buruk berbanding maksud asal pertolongan yang dihulurkan.

Menurutnya, bantuan yang disumbangkan oleh Ebit merupakan amalan dan kerjasama yang biasa dijalin antara pihak pihaknya dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau individu persendirian yang tampil untuk memberi bantuan.

“Jabatan Penjara mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ustaz Ebit Liew yang tampil membantu dan memberikan sumbangan kepada pihak Penjara atas semangat kesukarelaan.

“Jabatan Penjara Malaysia sentiasa mengalu-alukan kerjasama sebegini bagi meringankan beban kerajaan untuk menangani pandemik COVID-19 yang melanda institusi penjara,” katanya.

Semalam, Ebit yang juga ahli perniagaan dalam satu perkongsian di Facebooknya berkata, dia menerima surat daripada Jabatan Penjara dan Penjara Pokok Sena yang mohon bantuan untuk warga penjara yang dikuarantin berikutan pandemik Covid-19.-SM

 

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button