Nasional

E-Idaman bakal bina “Drive Thru Recycle Centre” kedua

E-Idaman sedang mengenalpasti lokasi sesuai bagi pembinaan “Drive-Thru Recycle Centre (DTRC)” kedua di Perlis.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  E-Idaman Sdn. Bhd. (EISB), Zaki Abdul Aziz Daud berkata, perbincangan telah dilakukan dengan pihak berkaitan supaya disegerakan pembinaan.

Katanya, ini berikutan DTRC di Pasar Besar Sena, Kangar mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Perlis.

AZIZAN SULAIMAN memberikan bubur lambuk kepada salah seorang pengunjung di Bazar Ramadan Arau sambil diperhati hd. (EISB), Zaki Abdul Aziz Daud (dua dari kanan).

“Dengan adanya lokasi kedua di Arau, E-Idaman yakin ia juga mampu menggalakkan lebih ramai warga negeri ini untuk melaksanakan aktiviti kitar semula,” katanya.

Sebelum itu, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perlis, Azizan Sulaiman melancarkan pra-pelancaran aplikasi idamanXchange yang merupakan kesinambungan dan penambahbaikan kepada program “Recycle for Life” di Bazar Ramadan Arau, petang semalam.

Ia adalah kesinambungan dan penambahbaikan kepada program “Recycle for Life” yang dilaksanakan sejak 2018.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK) Norazlan Yahaya, Pengarah SWCorp Perlis, Shamsuharizal Basir dan Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan Perlis, Hasbullah Abd Rashid.

Sementara itu, hasil kempen barang kitar semula di Pasar Arau telah mencatat kutipan sebanyak 285 kilogram (kg).

Bagi meraikan Ramadan Al Mubarak ini, E-Idaman serta SWCorp Perlis telah bergotong royong memasak bubur lambuk untuk diedarkan kepada pengunjung Bazar Ramadan Arau.

Sejumlah 500 pek bubur lambuk telah disediakan untuk diagihkan kepada pengunjung.

Selain itu, E-Idaman juga turut mengedarkan risalah Kitar Semula serta jadual Program Belian Barangan Kitar Semula serta Kutipan Minyak Masak Terpakai yang diadakan pada bulan Ramadan ini.

Sepanjang Ramadan ini juga E-Idaman menganjurkan kempen penggunaan mangkuk tingkat atau tiffin bagi mengurangkan penggunakan plastik di Bazar Ramadan. –SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button