Politik

DUN Johor bubar Ahad ini?

Surat permohonan telah dihantar Kepada Pejabat Speaker DUN

SPEKULASI Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bertiup kencang, pembubaran pada 23 Januari, Ahad ini. Kalau bubar, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hampir pasti.

Sumber dalaman UMNO mengesahkan surat permohonan pembubaran DUN oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohamad telah dihantar kepada pejabat Speaker DUN.

“Kemungkinan bubar Ahad. Surat pun sudah sampai ke pejabat Speaker,” kata sumber.

Khabarnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar bagi membincangkan perkara itu.

“SPR telah berjumpa MB Johor bagi membincangkan persiapan PRN. Difahamkan juga permohonan untuk pembubaran DUN telah mendapat perkenan Istana,” katanya lagi.

Sebelum ini beberapa portal melaporkan mengenai desas-desus mengenai pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN.

Spekulasi mengenai PRN Johor bertiup kencang selepas kematian bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas.

Susulan kematian Adun Kempas itu, kedudukan kerajaan BN Johor kini hanya berkelebihan dengan satu kerusi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button