NegeriRencah Hidup

Transformasi kantin ke kafe SK Bintong oleh Ana Burger

Ana Burger belanja RM27,000

BUKAN sekadar naik taraf tetapi diberikan wajah baharu kepada kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Bintong oleh bekas pelajarnya, Analiza Ahmad atau lebih terkenal dengan panggilan Ana Burger.

ANALIZA AHMAD

Mana-mana sekolah pun pasti akan merasa bangga apabila ada bekas pelajar yang kembali ke sekolah untuk menabur bukti dan pastinya, dengan cara tersendiri.

Analiza yang kini berusia 43, kembali semula ke sekolah lamanya semasa kecil setelah mendapat tender untuk menjalankan operasi kantin sekolah berkenaan.

Syabas Ana Burger yang perkara pertama berlegar-legar dalam benak fikirannya setelah diberikan peluang sebagai pengoperasi kantin ialah memberi wajah baharu dengan cara menaik taraf kantin sekolah itu.

Mahu seribu daya, wang bukan segala-galanya asalkan dapat kepuasan. Tidak hairanlah Ana Burger sanggup mengeluarkan duit poket sendiri sebanyak RM27,000 untuk kos naik taraf kantin sekolah.

“Projek mengubahsuai itu sebenarnya bermula dari jalan masuk ke kantin, sekitar kantin dan juga ruang dalaman eksklusif untuk guru dan juga kakitangan sekolah.

“Dengan wajah baharu ini, sekaligus kantin berkenaan diberi penjenamaan semula dengan nama Ana Bintong D’café,”  Analiza tanpa dapat menyembunyikan rasa bangga dan gembira.

BEGINI rupa bahagian tepi kantin sekolah sebelum diubah suai.

Lebih membanggakan Analiza ialah apabila Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man sudi meluangkan masa membuat lawatan ke Ana Bintong D’Cafe hari ini untuk meninjau kantin yang dinaik taraf ke kafe ini.

Menteri Besar berkata, langkah yang diorak oleh Analiza ini seharusnya menjadi ikutan kepada pemegang tender kantin sekolah di seluruh negeri Perlis.

“Kalau tidak mempunyai bajet yang besar, gunakan kreativiti termasuk menggunakan barang terpakai,” kata Azlan.

Beliau berkata, dengan adanya kafe cantik seperti ini ia akan membantu para pelajar untuk lebih ceria dan santai sekalipun berada dalam kawasan sekolah.

Berbalik kepada perbualan dengan Analiza, beliau mengakui mengambil masa selama tiga minggu untuk melakukan kerja-kerja mengecat dan mencantikan interior dan exterior kafe.

EKSTERIOR di bahagian tepi kafe selepas diubah suai.

Beliau berkata, nasibnya amat baik kerana kerja-kerja tersebut dibantu oleh abang angkatnya, Johari Shaari, 48.

“Kami melakukan kerja-kerja mengecat dan sebagainya yang bermula dari pagi sehingga lewat malam,” kata Analiza.

Katanya, beliau berpuas hati walaupun perlu berhabis wang ringgit dan mengerah tenaga untuk kerja-kerja menaik taraf kantin ke kafe sekolah.

RUANG dalam kafe untuk guru dan kakitangan sekolah selepas diubah suai oleh Analiza atau Ana Burger dengan dibantu abang angkatnya.

Bagi Analiza, inilah caranya beliau dapat menabur menabur bakti kepada sekolahnya yang banyak meninggalkan kenangan manis semasa di bangku sekolah.

Analiza turut dibantu lima kakitangan kantin  dalam penyediaan makanan selain memastikan semua murid di sekolah ini dapat menikmati makanan yang bersih, sedap dan harga berpatutan. – SM

(Visited 683 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button