Nasional

Duda selesai jalani hukuman enam sebatan

SEORANG duda yang dihukum sebat enam kali kerana melakukan kesalahan khalwat berulang di Terengganu selesai menjalani hukuman sebatan syariah.

Hukuman itu yang dijalankan oleh pegawai Jabatan Penjara Malaysia diadakan di hadapan kira-kira 70 orang di dewan Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu, hari ini.

Mohd Affendi Awang, 42, yang dihukum dengan enam kali sebatan adalah  pesalah pertama di negeri itu disebat di hadapan khalayak ramai dengan disaksikan sekitar 70 orang hadirin yang dibenarkan masuk ke dewan tersebut.

Bapa kepada lima cahaya mata yang kini dipenjara di Penjara Marang itu tiba di pekarangan masjid pada jam 2.29 petang diiringi warden penjara.

Mengenakan pakaian penjara berwarna dan memakai pelitup muka, Mohd Affendi dikawal rapi ketika dibawa masuk ke dewan.

Proses sebatan berjalan lancar dan dia dibawa keluar daripada dewan pada pukul 3 petang.

Hukuman  ke atas Mohd Affendi dijatuhkan Pada 20 November lalu, menjadi dia pesalah pertama yang dihukum sebat secara terbuka atas kesalahan jenayah syariah di Terengganu.

Hakim kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail, menetapkan hukuman tersebut selepas tertuduh mengaku salah atas dakwaan melakukan khalwat kali ketiga.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button