Dua pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia dan Rejimen Semboyan Divisyen ke-4 Infantri, dibuka serentak pada pukul 8 pagi ini.
Proses pengundian awal itu melibatkan 625 anggota polis serta 238 anggota tentera dan pasangan yang akan menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baharu.
Kedua-dua pusat pengundian awal berkenaan akan ditutup pada pukul 5 petang nanti.