BeritaNasionalPolitik

Dua Perkara Terjadi Kepada Ong Kian Ming Selepas Ajak Semua Parti Politik Duduk Berbincang

Seorang pemimpin DAP, Ong Kia Ming berkongsi di Twitter yang beliau menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung beberapa reformasi dan perubahan di dalam Perlembagaan.

Tujuan perkongsian itu adalah untuk menzahirkan rasa perlu semua parti politik menyahut seruan itu selain duduk berbincang dengan lebih lanjut mengenai cadangan yang telah dikemukakan.

Kata Ahli Parlimen Bangi itu, Perdana Menteri telah usulkan langkah ke hadapan bagi melakukan reformasi terhadap sejumlah Perlembagaan yang memberi kesan berpanjangan terhadap politik Malaysia jika diluluskan.

Beliau mengulas tujuh tawaran Perdana Menteri kepada blok pembangkang untuk mengembalikan kestabilan politik negara dan menegaskan tidak akan membiarkan kleptokrat kembali menguasai tampuk kuasa.

Ekoran ciapan di Twitter itu, Kian Ming diugut oleh penggundinya untuk menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri jika mahu kekal menjadi Ahli Parlimen di kawasannya.

Sebaliknya di Facebook, perkongsian Kian Ming mendapat maklum balas yang berbeza kerana cadangan beliau dianggap baik dalam keadaan yang serba tidak stabil ketika ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button