Nasional

Dua ejen sindiket rasuah pemalsuan cap sempadan ditahan

DUA individu yang dipercayai berperanan sebagai ejen berkaitan kes sindiket rasuah dalam pemalsuan cap sempadan di pintu masuk antarabangsa negara direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman sehingga 4 Disember depan itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi ini.

Menurut sumber, mereka sebelum ini telah dicari oleh SPRM menerusi kenyataan media yang disiarkan pada 18 dan 23 November lalu.

“Kedua-dua suspek masing-masing berusia antara 35 dan 49 tahun itu telah berjaya dikesan dan seterusnya ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pada pukul 3 dan 5 petang semalam,” katanya.

Menurutnya, menerusi tangkapan terbaharu ini, wang tunai dan beberapa passport warga asing juga turut di sita.

Penahanan ini menjadikan kesemua mereka yang ditahan adalah seramai 65 orang terdiri daripada 39 pegawai Jabatan Imigresen, ejen (17) dan orang awam (9)

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button