Nasional

Dua beranak maut, kereta dipandu terbabas ke bahu jalan

SEORANG wanita dan anak lelakinya maut manakala anak perempuan cedera ringan selepas kereta yang dipandu terbabas dan melanggar pokok kelapa sawit di Kilometer 8, Jalan Lubok Antu-Engkelili, Sri Aman dalam kejadian 9.45 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata mangsa yang maut, Nagie Ali, 39, anak lelakinya, Kingston Bidok Philip, 4, dan anak perempuan yang cedera ringan Queenna Laie Philip, 9.

“Ketika kejadian, kereta yang dipandu mangsa (Nagie) bergerak dari arah Lubok Antu menghala ke Engkilili dan kemudian terbabas sendiri lalu melanggar pokok kelapa sawit di sebelah kanan jalan menghala ke Engkilili,” menurutnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini

Kes kini disiasat di bawah Sek 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button