Nasional

Dr. Mohd. Khairuddin sudah dikompaun RM1,000

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dikompaun RM1,000 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin.

Mohd Khairuddin melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.7) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 [Akta342].

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, Dr Mohd. Khairudin telah pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.
“Beliau juga telah menjalani sampel ‘nasopharyngeal swab’ untuk kali pertama pada hari yang sama dan didapati negatif.
BACA> Muhyiddin balas surat, sudi sertai Muafakat Nasional
“Ujian saringan Covid-19 kali kedua dan ketiga juga menunjukkan keputusan negatif,” katanya.
Menurut kenyataan itu, oleh kerana Khairuddin gagal mematuhi peraturan mengikut Akta 342, Pegawai Diberi Kuasa (PDK) telah mengeluarkan kompaun RM1,000 Khairuddin pada 7 Ogos dan beliau sudah membayar kompaun berkenaan.
Pada 18 Ogos lalu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok memberitahu Dewan Rakyat bahawa Dr Mohd. Khairuddin baru pulang dari Turki pada 7 Julai lalu selepas berada di sana selama empat hari.

Namun, beliau berada di parlimen enam hari kemudian pada 13 Julai, sebelum tempoh kuarantin di rumah berakhir.

BACA> Pendaftaran PN: Pas bukan sertai, tetapi sebagai penaja

Tindakan itu juga menimbulkan kemarahan rakyat yang mahukan tindakan undang-undang diambil sama seperti individu-individu yang melanggar SOP ditetapkan kerajaan. -SM

(Visited 273 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button