Nasional

Dr Mahathir negatif Covid-19, tapi akan patuhi protokol kuarantin

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah diuji negatif Covid-19.

Bagaimanapun beliau memberi jaminan kepada rakyat akan patuh kepada protokol kuarantin iaitu pemerhatian selama 14 hari.

The Star melaporkan, pembantu rapat kepada Dr. Mahathir memberitahu, pihak berkuasa kesihatan mengesahkan dapatan daripada ujian mendapati bekas perdana menteri berusia 95 tahun itu negatif.

“Hasil ujian negatif,” demikian kata pembantu beliau.

Difahamkan Dr. Mahathir ada mendekati ahli parlimen Bandar Kuching  Kelvin Yii Lee WUes yang dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Pembantu itu memberitahu, Dr. Mahathir menjalani ujian pada 17 Mac.

“Bagaimanapun beliau masih mematuhi protokol pemantauan selama 14 hari kuanrantin,” katanya.

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button