Nasional

Covid-19: Petugas kesihatan mempunyai darjat yang tinggi

BARISAN hadapan petugas-petugas kesihatan yang kini bertungkus lumus ‘memerangi’ dan menyekat penularan wabak Covid-19 mempunyai darjat yang tinggi kerana mereka berusaha menyelamatkan nyawa.

Majlis Ulama ISMA Dr. Ahmad Sanusi Azmi berkata, Allah juga memuji mereka di hadapan malaikat, dosa mereka diampunkan, urusan mereka dipermudahkan di hari akhirat.

“Saya tidak dapat bayangkan betapa tingginya pahala petugas kesihatan dan pengawal keselamatan negara yang berusaha menyelamatkan nyawa manusia. Dalam al-Quran, Allah berfirman: وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعاً “Dan barangsiapa yang menghidupkan nyawa, maka seumpama dia menghidupkan nyawa seluruh manusia.”

“Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam Mujahid menjelaskan bahawa semua usaha menyelamatkan nyawa manusia dikira termasuk dalam maksud ayat ini. Kata beliau: أي: أنجاها من غرق أو حرق أو هلكة (Yang dimaksudkan ayat ini termasuklah) mereka yang menyelamatkan manusia dari tenggelam lemas, atau kebakaran, atau apa-apa kebinasaan.” (Tafsir Ibn Kathir),” tulis Dr. Ahmad Sanusi dalam Facebook beliau.

Justeru, Dr. Ahmad Sanusi mengajak semua rakyat Malaysia berusaha bersama-sama menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia dengan duduk diam-diam di rumah.

“Berikan sokongan kepada petugas kesihatan dan keselamatan kita. Semoga Allah membimbing kita,” kata Dr. Ahmad Sanusi.

Sehingga Sabtu lalu sejumlah 19 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan lima petugas daripada fasiliti kesihatan swasta disahkan dijangkiti koronavirus baharu (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, dua daripada 19 kakitangan KKM itu kini dirawat di Unit Kawalan Rapi (ICU).

Manakala sehingga pukul 12 tengah hari semalam sejumlah 1,306 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan di negara ini dengan 46 kes dirawat di unit rawatan rasmi dan 22 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sehingga kini virus maut itu telah meragut 10 nyawa rakyat Malaysia dan lebih 13,000 nyawa di seluruh dunia.-SM

(Visited 606 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button