Nasional

Dr. Mahathir menghadap Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR, 27 Feb — Perdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara hari ini untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan rasmi Dr Mahathir dilihat memasuki perkarangan Istana Negara pada 10.57 pagi.

Bernama masih cuba mendapatkan pengesahan berhubung tujuan kehadiran Dr Mahathir di Istana Negara.

Dr. Mahathir kemungkinan menghadap Agong bagi menyembahkan situasi semasa politik tanah air.

Sejak Ahad lalu politik tanah air agak kucar-kacir apabila Dr. Mahathir meletakkan jawatan Perdana Menteri.

Related Articles

Berikutan itu komponen Pakatan Harapan (PH) Bersatu telah keluar dan diikuti Datuk Seri Azmin Ali bersama 10 ahli parlimen dari PKR.

Dr. Mahathir kemudiannya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu.

BACA: Dr. Mahathir mahu tubuh kerajaan tidak berpihak kepada parti politik

Muafakat Nasional yang terdiri daripada gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pas pada awalnya menyatakan sokongan kepada Dr. Mahathir, tetapi menariknya semula selepas dimaklumkan satu kerajaan perpaduan tanpa pembangkang akan dibentuk.

Muafakat Nasional tidak bersetuju dengan langkah itu kerana menolak kerjasama dengan DAP dan pembentukan kerajaan baharu itu hanya beberapa individu yang dibawa masuk ke dalam kabinet dan bukannya parti keseluruhannya.

Dalam pada itu Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama DAP, Amanah dan PKR telah menyatakan sokongan kepada Dr. Mahathir untuk terus dilantik sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun selepas tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik Dr. Mahathir sebagai perdana menteri interim, sokongan itu telah ditarik balik dan mereka mengisytiharkan menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Keadaan itu menyebabkan parti politik di negara ini terpecah kepada tiga blok iaitu Pro-Tun yang terdiri daripada Bersatu dan serpihan PKR, blok Pro-Anwar dan blok Muafakat Nasional.

Muafakat Nasional mendesak supaya parlimen dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya diadakan dan diserahkan kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.

BACA:Tali tiga sepilin…Majlis Raja-Raja bertindaklah!

Kerajaan perpaduan bermakna kerajaan tanpa pembangkang dan menteri kabinet boleh dilantik dari mana-mana parti dan ini dapat menyelesaikan masalah kekurangan menteri yang berkualiti di dalam kabinet.

Sistem begini dilaksanakan di negara republik seperti Indonesia dan pertama kali negara mengamalkan sistem demokrasi beraja seperti Malaysia menggunakannya.

Ini adalah kerana bagi negara republik presiden dipilihan dalam pilihan raya presiden dan bukan dilantik oleh agong. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button