Luar Negara

COVID-19: Arab Saudi kuatkuasa larangan umrah

ARAB Saudi telah menetapkan larangan sementara terhadap jemaah umrah bagi mencegah penyebaran penyakit COVID-19.

Turut dilarang adalah lawatan ke Masjid Nabawi di Madinah, selepas menunaikan umrah di Mekah.

Ia adalah salah satu daripada beberapa sekatan pencegahan yang diumumkan pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi.

BACA:Agensi umrah benarkan pondan berpakaian wanita bersubahat perkara mungkar

ArabNews melaporkan pemegang visa pelancong dari negara-negara yang mempunyai risiko tinggi untuk menyebarkan virus juga akan ditolak.

Di samping itu, warga Arab dan rakyat negara-negara Majlis Kerjasama Teluk tidak akan dapat menggunakan kad pengenalan kebangsaan untuk keluar atau masuk negara berkenaan.

Pengecualian ini akan diberikan kepada warga Arab yang pulang ke negara mereka.

Pegawai Saudi menegaskan sekatan itu bersifat sementara dan akan terus dikaji semula oleh pihak berkuasa kesihatan.

Hampir 7 juta jemaah umrah melawat Arab Saudi setiap tahun, majoriti mereka tiba di lapangan terbang di Jeddah dan Madinah.

Dalam pada itu tujuh kes koronavirus terkini di Bahrain dan Kuwait. Kementerian Kesihatan Bahrain Rabu lalu berkata enam wanita Saudi telah diuji positif untuk virus itu.

BACA: Sajat tunai umrah, netizen persoal beliau berpakaian sebagai wanita

Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain dalam penerbangan dari Iran.

Jumlah kes yang disahkan di negara ini ialah 26. Pengajian di sekolah dan universiti telah digantung selama dua minggu dalam usaha untuk menghadkan penyebaran virus.

Kuwait mengumumkan kes pertama warga Saudi yang dijangkiti virus itu. Lelaki yang tiba di negara ini dari bandaraya Mashhad, Iran, telah diletakkan dalam kuarantin selama 14 hari.

Terdapat 26 kes disahkan virus sehingga kini di Kuwait.

Kementerian Kesihatan Saudi telah mengeluarkan garis panduan untuk mengawal penyakit berjangkit seperti koronavirus dan menangani kecemasan kesihatan.

Dr Hani bin Abdul Aziz Jokhdar, timbalan menteri kesihatan awam, berkata garis panduan itu berdasarkan pengalaman Arab Saudi untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan jemaah haji semasa musim haji.

Beliau mengetuai delegasi Kerajaan pada mesyuarat Pejabat Eksekutif Majlis Menteri-Menteri Arab untuk Kesihatan pada hari Rabu di ibu pejabat Liga Arab di Kaherah. – SM

(Visited 548 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button