Berita

Dr. Mahathir mengadap Raja Perlis


Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima sembah mengadap Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Wad DiRaja Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar semalam.

Berangkat sama adalah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu menziarahi Tuanku Raja yang baru sahaja menjalani pembedahan kaki kanan pada penghujung bulan Mei yang lalu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button