Dr. Mahathir dan Shafie menghadap Agong hari ini
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada pukul 2.30 petang ini.
Sejurus itu pemimpin Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal dijangka turut menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Setakat ini yang sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong ialah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin DAP, Lim Guan Eng dan pemimpih Amanah, Mohamad Sabu.
Semalam Anwar memaklumkan dalam pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong beliau menyampaikan pandangan tentang situasi pandemik Covid-19 dan tadbir urus darurat negara.
Anwar berkata, Baginda sangat arif berhubung kedua-dua isu berkenaan dan berlapang dada untuk mendengar pandangan para pemimpin parti politik di negara ini.