Nasional

Dr. Mahathir akan disaman oleh bekas Peguam Negara, Apandi Ali

Pemecatan tidak sah ke atas Apandi Ali

BEKAS peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menuntut ganti rugi dari kerajaan berikutan penamatan tidak sah oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap perkhidmatan Mohamed Apandi, dua tahun lalu.

Dalam surat tuntutan yang dihantar ke Jabatan Peguam Negara semalam, firma guaman Shukor Baljit & Partners memberitahu, Mohamed Apandi menyatakan pemecatannya menyalahi undang-undang dan dengan itu, terbatal dan tidak sah.

Akibatnya, klien kami mengalami kerugian termasuk, tidak terhad pada hilang pendapatan, faedah-faedah lain dari 27 Julai 2018 sehingga 26 Julai 2021, menurut surat tuntutan berkenaan.

Turut difahamkan, kerugian yang dialami oleh Mohamed Apandi dalam tempoh tersebut adalah sekitar RM2 juta.

Firma guaman yang mewakili Mohamed Apandi menambah, saman akan difailkan selepas tujuh hari notis, melainkan anak guam mereka menerima ganti rugi yang munasabah bagi dirinya.

Related Articles

Sepanjang penggal, Mohamed Apandi memegang jawatan sebagai Peguam Negara menyaksikan pelbagai kontroversi sejak menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail.

Perkhidmatan Gani Patail ditamatkan atas alasan kesihatan, menurut kerajaan pada ketika itu.

Pada awal 2016, Mohamed Apandi membersihkan nama Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada kesalahan berkaitan dengan 1MDB, langkah yang dipertikaikan oleh Tun Dr. Mahthir dan pembangkang.

Surat itu menyebut Mohamed Apandi, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, dilantik oleh Yang Di-pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri untuk tempoh tiga tahun sehingga 26 Julai 2018.

Katanya, pelantikan Mohamed Apandi hanya boleh ditamatkan oleh Yang Di-pertuan Agong berdasarkan Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei 2018 lalu, penggal perkhidmatan Mohamed Apandi dilanjutkan kepada tiga tahun lagi.

Pada PRU14 lalu, kerajaan Barisan Nasional (BN) kalah dan Tun Dr. Mahathir kembali menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei 2018.

Surat itu turut menyebut Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam surat bertarikh 5 Jun 2018 memaklumkan, penamatan perkhidmatan Mohamed Apandi mendapat persetujuan Yang Di-pertuan Agong tetapi tiada bukti ditunjukkan.

Surat itu turut mendakwa, Perdana Menteri pada ketika itu yang memutuskan pemecatan tersebut dan dengan itu, beliau (Tun Dr. Mahathir) menyalahgunakan kedudukannya itu dan melakukan “tort of misfeasance in public office”.

“Perdana Menteri (pada ketika itu) melibatkan dirinya dengan tujuan untuk menyebabkan atau mendorong pelanggaran kontrak antara Kerajaan dan klien kami,” tulis surat tuntutan berkenaan. – SUMBER FMT – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button