Rencah Hidup

Dr Amalina sudah keluar bersiar-siar di kota London selepas empat hari bersalin

SIAPA yang tidak kenal dengan Dr Nur Amalina Che Bakri yang pernah menggemparkan Malaysia dengan mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cemerlang, 20A pada tahun 2004.

Kini beliau merupakan seorang doktor pakar di London, telah selamat melahirkan anak sulungnya di Hospital St. Thomas.

Namun menerusi perkongsian terbaharu Dr. Amalina di Instgramnya telah memuat naik beberapa keping gambar bersama bayi perempuannya, Arabella Mia.

Apa yang menarik perhatian netizen, meskipun beliau baru sahaja empat hari melahirkan anak, beliau kelihatan bertenaga dan sihat malah sudah bersiar-siar di kota London.

Rata-rata para pengikutnya mengucapkan tahniah ke atas kelahiran bayi perempuannya namun ada juga yang mempertikaikan tentang cara beliau berpantang.

Semoga  Dr Amalina baik-baik sahaja bersama bayi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button