Ekonomi

DPMM Putrajaya Anjur Sesi Khas Bersama AKPK Demi Tingkatkan Kefahaman Berkait Pinjaman

Jika bercakap soal pinjaman, tidak dinafikan ada segelintir pihak gagal menyempurnakan bayaran semula disebabkan banyak faktor.

Antaranya kehilangan pekerjaan, penurunan taraf gaji semasa dan juga wabak sehingga menjejaskan banyak sektor ekonomi.

Paling digeruni, nama seseorang itu boleh disenarai hitam kerana tidak membuat sebarang pembayaran dan boleh menjejaskan banyak perkara.

Misalnya apabila disenarai hitam, seseorang yang ingin membuat permohonan pinjaman baharu pasti akan bertemu jalan buntu kerana dikategorikan sebagai tidak layak.

Menyedari permasalahan tersebut, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Putrajaya menganjurkan sebuah sesi khas bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Sesi khas tersebut menyaksikan peranan AKPK sebagai ‘orang tengah’ yang sedia membantu peminjam yang terjejas untuk menyusun semula pinjaman.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button