Bola SepakSukan

Dortmund buat United bingung

USAHA Manchester United bagi mendapatkan khidmat Jadon Sancho kini berdepan dengan risiko kegagalan selepas pendekatan yang digunakan Borussia Dortmund untuk berunding semakin membingungkan.

Pengarah Sukan Dortmund, Michael Zorc menegaskan, Isnin lalu, bahawa Sancho akan bermain untuk kelab Bundesliga itu, musim ini dan keputusan tersebut adalah muktamad.

Dortmund percaya mereka mampu mengekalkan bintang muda England itu setelah kelab memainkan peranan membantu meningkatkan pembangunan pemain tersebut dan sepanjang proses itu telah membuat mereka bertanya berapakah harga yang United mahu tawarkan untuk khidmat pemain sayap berusia 20 tahun itu.

Kedua-dua kelab sememangnya ada saling berhubung secara terus ketika pra-covid, tetapi rundingan tersebut nampaknya menemui jalan buntu.

Walaupun kelab gergasi Old Trafford itu bimbang terhadap rundingan yang bergerak perlahan, tetapi Dortmund masih belum menerima sebarang bidaan atau petunjuk daripada United untuk berunding mengenai yuran yang dilihat sengaja dilambatkan dengan harapan untuk mencari ruang kompromi.

Bagaimanapun Dortmund telah menyatakan pendirian tegas mereka terhadap tanda harga Sancho ialah sebanyak 108 juta pound (RM590 juta).

United turut menuding jari ke arah kem pemain tersebut yang membuat tuntutan gaji tidak masuk akal, selain pembabitan ejen Marco Lichtsteiner dalam rundingan telah ditolak oleh kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Dalam pada itu, kontrak yang ditawarkan United turut menjadi punca kepada rundingan tersebut tidak berjalan dengan lancar.

Media England, Sportsmail difahamkan tawaran kontrak pertama yang dikemukakan United akan menyebabkan gaji Sancho dipotong dan cadangan kedua pula melibatkan jumlah pendapatan sama yang dibayar Dortmund iaitu sebanyak 190,000 pound (RM1.03 juta) seminggu.

Minggu lalu, perkembangan rundingan itu ada menunjukkan petanda positif dengan persetujuan terma yang diletakkan dan perjanjian selama lima tahun.

Perbincangan untuk menyelesaikan syarat-syarat peribadi dikatakan masih berjalan, dengan Sancho tidak mencari perjanjian yang akan memecahkan struktur gaji United, walaupun yuran pemain itu tetap menjadi titik tolak utama.

Bagi United penilaian Dortmund tidak realistik, terutama pada ketika krisis coronavirus sedang melanda dunia dan enggan digesa bagi meneruskan rundingan berhubung syarat-syarat lain.

Dalam situasi sekarang, terpulang kepada United untuk menghidupkan kembali rundingan dengan Dortmund yang tidak merancang untuk menjual Sancho. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button