Dominic Lau barah dalam PN, berpotensi cetus lebih banyak huru-hara berkait 3R
Parti Gerakan Rakyat (Gerakan) itu tidak salah, yang salahnya adalah Presidennya, Senator Dr. Dominic Lau Hoe Chai kerana gagal menguasai pemahaman kritikal.
Kegagalan Dominic Lau dalam memahami tujuan modul Hadis 40 Imam Nawawi diangkat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tersangat biadab.
Dalam hal ini, Dominic bukan sahaja biadab malah menunjukkan sikap antinya terhadap Islam dan berpontesi mencetuskan lebih banyak hura-hara berkait 3R.
Sedangkan untuk peringkat ini, KPM jelas memaklumkan modul tersebut hanya diperkenalkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Dan jika bermula 2024, Menterinya, Fadhlina Sidek mahu kembangkankan modul ini ke sekolah-sekolah di bawah KPM, apa masalahnya Dominic Lau?
Tidak pernah berlaku dalam sejarah, KPM memaksa semua pelajar bukan Islam belajar subjek pendidikan agama Islam, mengaji al-Quran atau wajib duduk di dalam surau.
Sekolah-sekolah di Malaysia di KPM sangat bertoleransi dalam mewujudkan suasana harmoni dan ketika ini, umat Islam pula seperti minoriti yang perlu tunduk kepada Dominic Lau.
Maka apabila MCA juga menzahirkan ucapan berpuas hati dengan kata-kata PM dan Dominic Lau pegang ‘janji’ KPM tentang modul Hadis 40 Imam Nawawi, di mana martabat Islam berlandaskan Perkara 3 (1)?
Sepatutnya KPM atau PM yang sepatutnya berpuas hati dengan jawapan mengapa Dominic Lau atau mereka yang lain sengaja mencucuh api, tidak faham atau tidak tahu maksud ‘rintis’ yang dibawa?
Keadaan ini seperti sudah terbalik dan untuk itu nasihat kepada Dominic Lau, mulalah tulis kenyataan dalam bahasa Melayu di Facebook, kita nilai sama-sama, siapa yang RASIS dan musuh kepada Perlembagaan Persekutuan!