Nasional

Doktor sahkan Muhyiddin tiada masalah tumor lama berulang

DOKTOR mengesahkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menghadapi masalah tumor lama yang berulang.

Dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini memaklumkan, Muhyiddin telah dimasukkan ke hospital pada 30 Jun lalu dan masih menerima rawatan akibat jangkitan pada sistem penghadaman beliau.

Menurut kenyataan itu lagi, selepas Muhyiddin menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi, didapati tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang berulang.

“Atas nasihat pasukan doktor, Muhyiddin kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena.

“Keadaan beliau adalah stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan. Beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi,” kata kenyataan itu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button