Belang Bertempat

“Do You Know Who am I? I am KPPA”

Wajarkah KKPA bersikap angkuh dan sombong?

INSIDEN Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) menengking  dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Pegawai Kanan Imigresen di KLIA, semalam mendapat reaksi Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia.

Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku. Apatah lagi dihamburkan dengan kata-kata kesat dan sekaligus menunjukkan sikap angkuh lagi sombong yang ada dalam diri seorang bergelar KKPA.

Berikut ialah kronologi insiden:

  • Kejadian berlaku pada 3 Ogos 2022 antara pukul 8.40 pagi ke 9.40 pagi di KLIA.
  • KPPA menaiki pesawat MH0752 ke Vietnam dan menggunakan Bilik Orang Kenamaan (VIP) KLIA.
  • Insiden bermula apabila tiada pegawai Imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP KLIA. Semangnya pegawai tidak ditempatkan di sini 24 jam kerana mereka bertugas di kaunter biasa. Pegawai akan datang setelah pemakluman dibuat.
  • Ketua Operasi Imigresen KLIA, Ketua Penolong Penguasa (KPP 48) James Lee telah dipanggil, ditengking dan diminta supaya berdiri tegak di tengah khalayak ramai.
  • Antara kata- kata yang dikeluarkan oleh KPPA kepada  KPP James Lee yang memakai jaket Imigresen ialah:-
  1. “Kenapa sorok tangan, ada receive anything ke”;
  2. Do You Know Who am I? I am KPPA”;
  3. “Berdiri Tegak, Stand Straight Now”;
  • Kata-kata di atas telah dilepaskn dalam nada menengking sehingga membuatkan Pegawai Imigresen saya yang berpakaian tugas rasmi berasa terhina di depan khalayak ramaidan menitiskan air mata.
  • KPP James Lee juga merasakan beliau telah dibuli dan dimalukan di hadapan orang ramai, apa tah lagi di hadapan pegawai-pegawai beliau sendiri.
  • KPP James Lee adalah seorang pegawai yang cekap, berhemah dan sentiasa menjawab panggilan telefon walaupun di tengah malam dan hari cuti.
  • Selaku Ketua Operasi, tugas KPP James Lee adalah memastikan urusan keluar masuk penumpang antarabangsa di KLAI berjalan lancar. Tugas ini telah dilaksanakan dengan berkesan;
  • Sikap pegawai kanan Kerajaan yang sombong dan angkuh seperti ini boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap Kerajaan yang memerintah.
  • SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button