Politik

Dividen tinggi ASB tanda ekonomi pulih, Kerajaan MADANI bela Melayu

Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk 2024 sebanyak 5.75 sen seunit merupakan tertinggi dalam tempoh lima tahun merupakan bukti Kerajaan MADANI berjaya memperjuangkan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera.

Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar berkata, kenaikan dividen itu juga membuktikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjaya memacu ekonomi negara ke landasan yang betul.

Katanya, banyaknya perniagaan yang mencatatkan keuntungan pada 2024 menyebabkan institusi pengendali pelaburan ASB, Permodahan Nasional Berhad mampu membayar dividen tinggi.

Hal itu juga, ujar Onn, menolak dakwaan ekonomi negara berada dalam keadaan muram sebagaimana dicanangkan pembangkang PN.

“Masa mereka (PN) memerintah 33 bulan dulu, mereka tak mampu nak betulkan balik ekonomi negara kita.
“tahniah saya ucapkan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI kerana berjaya keluar daripada kepompong (kemuraman ekonomi sebelum ini) dan akhirnya (pelabur ASB) mendapat dividen yang tinggi selepas sekian lama,” katanya yang juga Setiausaha Politik Presiden KEADILAN seperti dipetik dari Suara Keadilan.
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada 24 Disember lalu mengumumkan pengagihan pendapatan untuk ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (TK2024), dengan dividen sebanyak 5.75 sen seunit, termasuk bonus 0.25 sen seunit.
Ppengagihan pendapatan keseluruhan berjumlah RM10.1 bilion itu bakal memanfaatkan seramai 11.1 juta pemegang unit ASB.

Dividen sebanyak 5.75 sen seunit itu mencatatkan peningkatan ketara berbanding 5.25 sen seunit yang diagihkan pada tahun 2023, sekali gus menjadikan jumlah dividen terkumpul sejak penubuhan ASB kini mencecah RM196.5 bilion.

ASB pada era Anwar sebagai Menteri Kewangan pada 1990an lalu mencatat dividen melebihi 10 sen dan dianggap detik keemasan bagi amanah saham berkenaan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button