Dituduh koma, Jong Un muat naik gambar lagi
KOREA Utara memuat naik sekeping gambar yang memaparkan pemimpinnya, Kim Jon Un berada dalam satu sesi mesyuarat.
Gambar itu dimuat naik oleh Korean Central News Agency (KCNA) selepas bekas pembantu Presiden Korea Selatan, Kim Dae Jung iaitu Chang Song Min memberitahu yang pemimpin itu berada dalam keadaan koma.
Menurut Song Min, Jong Un sudah berada dalam keadaan koma sejak April lalu dan semua gambar terkini melibatkan pemimpin itu adalah palsu.
Gambar yang dimuatnaik KCNA itu juga dikeluarkan dua hari elepas Song Min mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan pemimpin tersebut.
BACA> Kes Covid-19 Indonesia seperti tiada tanda pemulihan
KCNA dalam kenyataannya berkata, mesyuarat yang dihadiri Jong Un itu membincangkan mengenai Covid-19 yang dikatakan telah mula menular di Korea Utara.
Berita mengenai tahap kesihatan Jong Un sudah lama tersebar hingga ada khabar yang mengatakan bahawa adik perempuannya, Kim Yo Jong sudah mula bekerja bagi pihaknya.
Malah, Yo Jong dikatakan sudah mula membuat keputusan bagi arahan di dalam negeri bagi mewakili abangnya.
Namun, sehingga kini, belum ada kepastian sama ada Jong Un sebenarnya benar-benar berada dalam keadaan koma atau sebaliknya.
BACA> Tindakan Nia Ramadhani bela anjing dipertikai netizen
Malah, setiap gambar Jong Un yang dikeluarkan selepas dia dikatakan berada dalam keadaan koma juga tidak dapat ditentukan sama ada itu gambar terbaharu atau tidak. -SM