NasionalNegeri

Diselamatkan dari lemas, dua beradik meninggal ketika rawatan

DUA beradik yang tidak sedarkan diri selepas diselamatkan daripada lemas dalam kolam ikan di Kampung Bambu Batu 7, Sandakan, Sabah akhirnya meninggal dunia semalam.

Amira Rolan, 19, dan adiknya yang berusia 10 tahun, Muhammad Awira meninggal dunia pada jam 12.40 tengah hari.

Ketua Polis Sandakan, Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya menerima aduan pada jam 11.18 pagi di mana pengadu memaklumkan dua mangsa lemas sedang dirawat di unit kecemasan Hospital Duchess of Kent.

Katanya, siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di mana kedua-dua mangsa bersama empat lagi ahli keluarga mereka mandi di sebuah kolam ikan terbiar di Kampung Bambu Batu 7.

“Ketika mandi, dua mangsa lemas namun berjaya diselamatkan penduduk kampung,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dengan ambulans namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada jam 12.40 tengah hari. – SM

BACA 10 sekeluarga dikhuatiri lemas ketika berkelah

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button