Disangka mayat rupanya patung berbungkus
PENEMUAN satu bungkusan kelihatan seperti mayat manusia dijumpai di belakang kedai motosikal di Seksyen 27 oleh petugas pembersihan, selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, selepas diperiksa mayat tersebut hanya sebuah patung perempuan yang dibungkus dengan plastik.
“Satu bungkusan menyerupai mayat manusia dijumpai di Seksyen 27 pada 8 Februari pukul 3 petang oleh petugas Kemuplan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Waste Mnagement Sdn,Bhd.
“Hasil pemeriksaan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor mendapati bungkusan tersebut hanya berisi patung lilin berbentuk perempuan yang dibalut dengan kain selimut serta plastik dan bukan mayat manusia,” katanya.
Baharudin berkata, kes diklasifikasikan sebagai No Offence Disclosed (NOD) memandangkan tiada sebarang kesalahan jenayah di dalam kes ini.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung gambar berkenaan,” katanya.
Terdahulu, telah tular di media sosial beberapa gambar menunjukkan satu bungkusan plastik kelihatan seperti mayat manusia. -SM