Nasional

Dine-in dalam kenderaan pun tidak boleh

ORANG ramai bukan sahaja tidak dibenarkan makan atau dine-in di restoran malah pelanggan juga tidak boleh makan dalam kereta di kawasan  yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Katanuam larangan terhadap aktiviti itu masih berkuat kuasa dan perlu dipatuhi selagi tidak ada prosedur operasi standard (SOP) baharu dikeluarkan.

Makan dalam kereta  merupakan cara baharu untuk premis restoran menarik pelanggan selepas makan dalam restoran tidak dibenarkan.

Walaupun aktiviti itu diadakan secara ahli keluarga ia masih tidak dibenarkan dan melanggar SOP.


“Orang ramai dan pengusaha premis makanan dinasihatkan supaya menghentikan aktiviti ini dan hanya dibenarkan bawa pulang supaya tidak dikenakan tindakan,” katanya pada sidang media Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2021 di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini kerajaan mengeluarkan SOP tidak membenarkan apa juga penganjuran majlis dan aktiviti ‘dine-in’ di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan majlis sosial membabitkan majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan serta swasta dan majlis sosial mengadakan aktiviti ‘dine-in’ adalah dilarang.

 

(Visited 66 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button