Politik

Dilantik TPM, Ismail Sabri zahir penghargaan kepada PM, Presiden

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucap penghargaan kepada Perdana Menteri dan pada masa yang sama menzahirkan terima kasih kepada Presiden UMNO.

Ismail Sabri berkata, beliau tidak menganggap jawatan yang disandang sebagai satu keistimewaan, tetapi sebagai amanah yang haru dipikul

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan ini. Saya memanjatkan rasa syukur kepada hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala di atas pelantikan saya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

“Pada masa yang sama, saya ingin menzahirkan rasa terima kasih atas sokongan Presiden UMNO, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh kepimpinan parti.

“Terima kasih juga kepada Ahli-Ahli Parlimen, pemimpin-pemimpin parti politik dan seluruh rakyat Malaysia. Ini merupakan amanah yang perlu digalas dengan ikhlas dan jujur demi kestabilan politik, ekonomi dan kemakmuran negara,” katanya.

Kata beliau, lantikan ini bukanlah satu keistimewaan, sebaliknya adalah amanah dan tanggungjawab yang berat khususnya ketika kita menghadapi Pandemik COVID-19 dan dalam usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Doa saya semoga kita semua tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik dapat bersama-sama membawa Malaysia mencapai masa depan yang lebih cemerlang,” katanya.

Perdana Menteri hari ini mengumumkan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri dan mengekalkan portfolio Menteri Pertahanan.

Muhyiddin turut melantik Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai sebagai Menteri Kanan Luar Negara.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button