Berita

“Dia yang suruh bukan saya nak’’ Kedah bakal bawa isu Air Pulau Pinang ke Mahkamah

MENTERI Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan pihaknya akan membawa isu tuntutan caj air.

mentah kepada Pulau Pinang ke mahkamah untuk diputuskan.

Hal itu kerana, Kedah menanggung kerugian yang besar sejak sekian lama dan Pulau Pinang sendiri mencadangkan agar ia dirujuk ke mahkamah.

“Pulau Pinang yang suruh kalau nak minta bayaran, kena bawa ke mahkamah. Jadi kita (Kedah) akan buat.”

“Dia yang suruh, bukan saya yang nak. Bacalah kenyataan dia, kita akan buat,” katanya pada media

Ditanya berapakah jumlah kerugian yang ditaggung oleh Kedah.

“Kedah rugi sejak Tuhan buat dunia ini lagi, tak tahulah berapa.”

Terdahulu, kerajaan Kedah dilaporkan akan terus menuntut bayaran caj air mentah dari Pulau Pinang yang ketika ini mengambil 84 peratus sumber airnya dari Sungai Muda, Kedah.

Sanusi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berhubung isu bayaran caj air mentah kepada Kedah yang berlarutan sejak 2010.

Chow sebelum ini dilaporkan berkata, jika kerajaan Kedah serius terhadap tuntutan tersebut mereka seharusnya memulakan tuntutan melalui mahkamah supaya perkara itu dapat diputuskan mengikut undang-undang.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button