Travel

Destinasi Super T gabungan 5 jenama tempatan muslim di Starhills, KL

Menggabungkan 5 jenama tempatan dari latar belakang pengasas yang kesemuanya wanita di satu acara Destinasi Super T yang berlangsung di Starhills, Kuala Lumpur bermula 22 Feb hingga 3 Mac.

Destinasi Super T ini merupakan idea bersama empat usahawan wanita, Fazrena Aziz, dari TudungPeople, Yana Khairuddin dan suaminya, CalaQisya serta jenama Asal Lelaki, Sarah Nor merupakan jenama kecantikan CUURA dan Sumayyah Nasaruddin jenama Olloum.

Pengasas ini merupakan industri terawal yang mempopolori perniagaan fesyen di media sosial

Menurut pengurus projek jenama CalaQisha, Amiru Anuar Bin M.Said, memilih pusat membeli belah terkemuka di Ibu kota kerana untuk menarik minat orang ramai untuk membeli secara tidak langsung dapat memperkenalkan jenama tempatan pada pelancong.

‘’Sangat bagus untuk menempatkan 5 jenama ini selari bersama brand terkemuka dari luar negara, bagus untuk branding dan bagus untuk marketing strategi memperkenalkan produk tempatan rupanya ada good kualiti dari Malaysia.

pengurus projek jenama CalaQisha, Amiru Anuar Bin M.Said

‘’Melihat market di kalangan melayu, memang sudah kuat malahan dari segi followers mereka juga semakin bertambah, kerana itu kami membawa pengunjung ke sini (StarHills)’’, katanya semalam semasa ditemu ramah.

Sepanjang acara 11 hari ini berlangsung, pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti
dan pengalaman yang menarik, termasuk pelancaran produk eksklusif, ceramah
kesihatan, dan promosi istimewa. Berikut adalah beberapa aktiviti yang dijalankan:


1. TP GOLD MEMBERS RAYA ACTIVATION & LAUNCH- Pada 23 Februari 2024,
pukul 1:00 petang, TudungPeople akan melancarkan TP Gold Members Raya
Activation di mana mereka menampilkan tawaran eksklusif dan kejutan.

2. OLLOUM: DIETITIAN TALK & JUICING DARI CUURA – Pada 26 Februari
2024, dari jam 12:00 tengah hari hingga 1:00 petang, Olloum dan CUURA akan
mengadakan sesi ceramah tentang kesihatan dan kecergasan beserta
demonstrasi penghasilan jus.

3. OLLOUM: WELLNESS TALK – Pada 27 Februari 2024, dari jam 12:00 tengah
hari hingga 1:00 petang, Olloum akan memimpin ceramah kesejahteraan,
memberikan pandangan tentang mengekalkan gaya hidup sihat.


4. CUURA: SKIN TALK BERSAMA DR INGKY – CUURA akan bekerjasama
dengan Dr. Ingky pada 28 Februari 2024, dari jam 12:00 tengah hari hingga 1:00
petang, untuk membincangkan tips dan teknik penjagaan kulit.

5. ENTREPRENEURSHIP TALK – Pada 29 Februari 2024, dari jam 10:00 pagi
hingga 11:00 pagi, para peserta boleh mendapatkan pandangan berharga
tentang keusahawanan daripada pakar industri.

6. MERCHANDISE DARI SUPER T – Peserta juga boleh mendapatkan barangan
istimewa dari Super T.


Lebih menarik lagi, empat buah jenama ini melancarkan produk keluaran terbaru
mereka dan koleksi raya 2024 hanya di Destinasi Super T sahaja.

Khas buat pengunjung, mereka berpeluang membeli produk daripada empat jenama ini
pada harga eksklusif dan menerima barangan istimewa dari Super T!.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara buat kali pertama
dianjurkan di mana semangat Super T mendominasi.

Artikle Berkaitan :>

Milk Baobab jenama dari Korea untuk menjaga kesihatan kulit

Jenama restoran terkemuka dari Utara India, Copper Grillhouse kini di Kuala Lumpur

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button