Dengan sentuhan Dulux Let’s Colour, SMK Seri Titiwangsa meriah dengan mural sukan
Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Seri Titiwangsa berubah wajah setelah menerima sentuhan penuh warna-warni menerusi program Dulux Let’s Colour anjuran AkzoNobel.
Dalam satu tinjauan, kebanyakan dinding di sekolah tersebut yang dahulunya pernah suram kini sudah dipenuhi dengan mural yang memaparkan pelbagai jenis sukan.
Guna 2,500 Liter Cat Dulux
Kata AkzoNobel dalam satu kenyataan, sebanyak 2,500 liter cat telah digunakan untuk mengindahkan kawasan persekitaran dengan mengecat semula beberapa blok sekolah.
“Program Dulux Let’s Colour adalah sebuah inisiatif sosial peringkat global yang menonjolkan kuasa transformatif
cat sekali gus menjadi tunjang utama dalam projek pembaharuan ini.
“AkzoNobel selaku syarikat pengeluar cat berjenama Dulux berbesar hati dapat menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada SMK Seri Titiwangsa,” katanya.
Selain mengecat beberapa blok bangunan, AkzoNobel turut menghasilkan karya-karya mural yang mencerminkan komitmen sekolah tersebut ke atas sukan.
2,500 liter cat telah digunakan untuk cantikkan semula bangunan SMK Seri Titiwangsa.
Dahulunya, ada dinding yang pernah suram namun kini, penuh dengan mural sukan.
Sekali gus mencerminkan komitmen sekolah sejak 1968 yang aktif melahirkan atlet negara. pic.twitter.com/NthfAJBBjv
— Akyem Samad (@akyemsamad) November 23, 2023
AkzoNobel Guna Dulux Dengan Teknologi Tiga Perlindungan
Biarpun bangunan dan fasiliti pernah dinaik taraf dan ditambah baik beberapa kali, terdapat beberapa struktur di sekolah tersebut perlu jalani proses pembaikan yang agak ketara.
Hal ini demikian kerana ada permukaan bangunan-bangunan tersebut bukan hanya menunjukkan cat-cat yang mengelupas malah turut dikesan beberapa rekahan serta pertumbuhan alga.
Menyedari suasana sekolah memberi impak kepada tingkah laku, motivasi dan prestasi pelajar, AkzoNobel tampil untuk menyuntik nafas baharu kepada SMK Seri Titiwangsa.
“Dinding eksterior beberapa blok bangunan diperbaharui dengan menggunakan Dulux Weathershield Powerflexx, cat eksterior yang didatangkan dengan Teknologi Tiga Perlindungan (Triple Defence Technology).
“Teknologi ini membolehkan cat tersebut mengharungi kesan-kesan yang berat daripada kondisi iklim serta cuaca yang ekstrem.
“Selain itu, cat yang digunakan menawarkan daya tahan yang berpanjangan dengan jaminan perlindungan selama 12 tahun sekali gus mengurangkan keperluan untuk bangunan tersebut kerap dicat semula,” katanya.
Turut hadir menyaksikan perubahan baharu SMK Seri Titiwangsa, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid) Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Zainudin Mohamad; Pengetua sekolah, Musa Mohamed serta Pengarah Komersil SEAP, Wasantha Heenatigala.