Dengan hanya serendah RM30 sahaja sudah memiliki baju raya dari Sabella
JENAMA pakaian tempatan muslimah, Sabella, tawar baju serendah RM30 untuk jualan Gudang Bazar Aidilfitri yang sedang berlangsung di Ibu pejabat Batu Caves.
Sabella menyediakan sebanyak 300,00 pakaian untuk para pengunjung dan boleh memilih pakaian kesukaan buat pelanggan yang hadir sehingga 7 April.
Jenama yang sinonim dengan tagline ‘Baju tanpa gosok itu’ bukan sahaja jualan murah berlangsung di ibu pejabat malah terdapat terdapat 5 tempat lain iaitu Mydin Tunjong, Kelantan, Terrengganu Equestraian Resort, Terrenggani, Dewan Teratai Shah Alam dan Masjid UKM, Bangi.
Pegasas Sabella, Siti Fatima Abd Samad, memahami dengan keadaan ekonomi kini tidak menentu ramai rakyat Malaysia yang terjejas sehinggakan ada segelintir tidak mampu beli baju raya.
“Sempena bulan Ramadan, kami tawarkan pada harga yang sangat berbaloi kerana faham akan kekangan rakyat Malaysia di mana ada yang tidak mampu membeli baju raya. Dan kami tawar baju kurung serendah RM30, malah pelanggan yang membeli dua pasangan akan menerima sepasang baju kurung secara percuma.
Menurutnya lagi, idea jualan Gudang ini merupakan pengalamannya dahulu tidak mampu membeli baju raya.
“Dulu saya sendiri tidak mampu membeli baju raya, malah baju berharga RM100 pun terlalu mahal untuk saya. Apabila saya memulakan perniagaan Sabella, saya memikirkan mereka yang senasib dengan saya dahulu, bagaimana mereka mahu bergaya dan kelihatan cantik.
“Sasaran kami mahu memberi harga yang lebih istimewa bagi mereka yang kurang berkemampuan dan ini cara Sabella’’. Jelasnya.
Siti Fatima juga yakin dengan kos RM15 juta dilaburkan sempena jualan Gudang ini mampu beri pulangan sebanyak 70 peratus akan terjual.
Melihat sambutan jualan juga agak menggalakkan, orang ramai mula berkunjung ke untuk memilih baju raya untuk meraikan Aidilfitri yang bakal tiba.
Dalam pada itu, Sebella juga turut kerjasama dengan usahawan kosmetik, Noir iaitu pengasasnya Madamu turut menyumbangkan 1000 pasang pakaian Sabella bagi golongan yang tidak mampu.
‘Artikle Berkaitan :>
DD Cat, Anna Jobling lancar koleksi baju raya kucing 2024 dengan tema Raya Sedondon