Datuk Siti husnuzon pada netizen anggap dirinya tiada job
HANYA disebabkan sering lakukan live di media sosial dan berkongsi di teknik solekan, Datuk Seri Siti Nurhaliza hanya tergelak apabila netizen mengatakan dirinya tiada ‘job’
Menurut laporan Berita Harian ,dia lebih selesa bersikap hunuzon dan menganggap pihak yang membuat komen negatif mungkin tidak mengikuti perkembangan terkininya.
“Ya, saya baru baca semalam dan memang kelakar.
“Mungkin tak tahu yang saya baru selesai mengadakan konsert atau mungkin juga dia baru keluar daripada tempurung.
“Saya buat ‘live’ bersolek maknanya saya tengah buat kerja,” katanya kepada BH Online.
Sering berdepan komen negatif dalam media sosial membuatkan penyanyi Aku Cinta Padamu itu percaya komen seperti itu kebiasaannya ditulis oleh mereka yang belum matang fikiran.
“Mungkin yang tulis budak-budak sekolah. Biasanya, orang macam itulah tiada benda nak disentuh.
“Tak mengapa, ia tak tinggalkan kesan pun. Kita maafkan sahaja dia,” katanya.
Terdahulu, seorang pemilik akaun platform X mendakwa ada beberapa pihak panas hati dan mentertawakan Siti kerana sering mempromosikan produk kecantikannya, SimplySiti dan BeauSiti ketika membuat sesi live dalam TikTok.
Tidak mendiamkan diri, anak tiri Siti, Asyraf Khalid tampil membidas tuduhan tidak berasas pihak yang busuk hati itu.