Irmohizam terima Anugerah The Global Muslim Business Excellence Lifetime Achievement Award
PENGERUSI Persidangan & Pameran (C&E), Ahli Majlis Penasihat (MAC) Persatuan World Trade Centers Association (WTCA) dan Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menerima ‘Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Kecemerlangan Perniagaan Muslim
Global’ pada Forum Perniagaan Muslim Global 2022.
Tema acara tahun ini ialah ‘Kebangkitan Ekonomi Islam Global: Memfokus Semula, Menetapkan Semula & Memulihkan Era Pasca Pandemik’. Majlis tersebut telah diadakan pada 19 Oktober 2022 di Hotel Hilton Kuala Lumpur.
Forum Perniagaan Muslim Global ini merupakan anjuran bersama kerajaan negeri Sarawak serta Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik, sebuah Badan Pemikir Asia terkemuka yang berpangkalan di Kuala Lumpur; Global One, sebuah INGO wanita bertauliah PBB yang beribu pejabat di London; dan Dewan Perniagaan, Perindustrian dan Pertanian Islam.
Pengasas KSI Strategic Institute dan Global One juga merupakan Pengasas Forum Kepimpinan Muslim Sedunia yang telah beraya dalam perniagaannya sejak 12 tahun lalu.
Forum Perniagaan Muslim Global yang baru ditubuhkan ini bertujuan untuk membina kejayaan Forum Kepimpinan Muslim Sedunia. Ia akan menumpukan kepada galakkan perkongsian strategik, dialog dan kerjasama perniagaan untuk membina semula dengan lebih baik demi kemakmuran bersama dan pembangunan mampan.
Secara keseluruhan, 8 anugerah diberi di bawah 2 kategori: Anugerah Global Muslim Business Excellence Lifetime Achievement dan Anugerah Global Muslim Distinguished Entrepreneur Lifetime Achievement.
Anugerah ini merupakan satu penghormatan dan bermatlamat untuk menonjolkan betapa pentingnya pemimpin Islam global terutamanya dalam memberi impak besar dalam ekonomi Islam global. Pada tahun 2022, Ekonomi Muslim Global sebahagian besarnya kekal sebagai peluang ekonomi dan perniagaan yang belum diterokai.
Menurut Laporan Ekonomi Muslim Global (2020), lebih 1.9 bilion umat Muslim membelanjakan lebih daripada USD $2.02 trilion merentasi enam sektor ekonomi, diterajui oleh makanan halal, fesyen sederhana, media dan perjalanan. Aset kewangan Islam sahaja dianggarkan kira-kira $2.88 trilion pada 2019.
Peluang ini hanya berkembang apabila umat Islam dijangka membelanjakan $2.4 trilion menjelang 2024.
WTCKL mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Irmohizam atas penghormatan dan pengiktirafan berprestij ini. Pengiktirafan ini memperakui bahawa beliau adalah antara pemimpin industri yang hebat bersama-sama dengan dua lagi penerima Anugerah Global Muslim Business Excellence Lifetime Achievement iaitu Datuk Mohamed Medan Abdullah dan Prof. Madya Dr Ahmad Inane Awang.
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Datuk Seri Ibrahim Ahmad, Datuk Abd Rani Lebai Jaafar dan Ir. Suyanto Osman, Tan Sri Dr. Abu Bakar Suleiman dan Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi kerana dianugerahkan dengan Anugerah Global Muslim Distinguished Entrepreneur Lifetime Achievement 2022.
Pencapaian ini sudah pasti akan membawa WTCKL ke tahap yang lebih tinggi. Motivasi Irmohizam dalam menerapkan teknologi dan inovasi telah membolehkan WTCKL berkembang lebih jauh dan mempercepatkan pertumbuhan dalam Acara Perniagaan (BE) dan industri Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) terutamanya dalam mempromosikan elemen pelancongan mesra Muslim dalam industri ini dan diharapkan penganugerahan ini beliau akan terus cemerlang dalam menerajui industri Acara Perniagaan (BE) Malaysia ke persada dunia. – SM