EkonomiHiburanpilihan

Caprice matikan ruangan komen di IG selepas dakwa Mydin mainkan namanya!

Peminat setia Tiger of Al Quds, Ariz Ramli atau lebih dikenali dengan nama Caprice terkilan apabila tidak dapat menunjukkan tanda sokongan kepada idola antarabangsa tersebut.

Terdahulu Mydin memaklumkan bahawa ada pelanggan yang tersalah membeli barangan dan memulangkannya dalam tempoh 24 jam.

“Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan riceBila sampai rumah, rasa mcm tak perlu pun cap dengan rice tu. Nasib Mydin bagi pulangkan balik dalam masa 24 jam,” tulis akaun Twitter Mydin.

Namun Tiger of Al Quds berpendapat Mydin menghina nama Caprice dan memohon Mydin untuk menarik balik kenyataan tersebut atau berdepan tindakan saman.


Sehubungan itu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin menyatakan pihaknya tidak membuat sebarang kesalahan dalam mana-mana ciapan.

Hantaran yang dimuat naik di platform media sosial Mydin tiada sebarang unsur perlian atau menghina individu tertentu.

“Siapa makan cili, dia yang rasa pedas. Kalau betul Caprice nak saman, hantar surat saman kepada pihak kami, biar peguam saya nanti akan semakkan,” ujar Ameer Ali Mydin.

Rata-rata netizen di Facebook meminta Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin untuk tidak tunduk kepada desakan Caprice yang dianggap mengarut.

(Visited 343 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button