NasionalParlimen

Johari Abdul ikrar pegang amanah dengan baik

Menggantikan Tan Sri Azhar Harun

DATUK Johari Abdul dilantik sebagai Yang DiPertua Dewan Rakyat pagi ini.

Sejurus selepas mengangkat sumpah Speaker dalam ucapannya berkata, pelantikan beliau sebagai satu penghormatan amat tinggi dan sedar amanah yang besar kepada negra.

“Saya berikrar semampu untuk memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

“Pengalaman saya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik, ahli perniagaan dan Ahli Parlimen akan membantu dalam menjalankan tugas.

“Saya meminta semua Ahli Parlimen memberi kerjasama dan menghormati kerusi Yang diPertua bukan atas dasar kapasiti tetapi individu menjawab prosiding dan urusan dalam dewan ini.

Pelantikan Johari menggantikan Tan Sri Azhar Harun yang meletakkan jawatannya sebagai Yang diPertua Dewan Rakyat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button