Alam SekitarBanjir

Banjir di Kelantan semakin teruk

Jumlah mangsa banjir di negeri Pantai Timur Kelantan terus meningkat dengan 9,149 mangsa direkodkan setakat 8.20 pagi tadi (19 Dis), berbanding 7,096 mangsa malam tadi (18 Dis).

Mangsa terdiri daripada 2,707 keluarga terjejas yang ditempatkan di 80 Pusat Bantuan Sementara Banjir (PPS) di sembilan daerah di seluruh negeri.

Menurut laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my, Pasir Mas merupakan daerah atau kawasan paling teruk terjejas di negeri ini dengan 3,486 mangsa banjir diikuti Tanah Merah dengan 1,321 mangsa.

Pasir Puteh mempunyai 1,070 mangsa banjir diikuti Machang (814); Kuala Krai (773); Kota Bharu (569); Bachok (448); Tumpat (223) dan Jeli (207).

Sehingga pagi ini, hujan masih berterusan dan jumlah mangsa banjir juga dijangka meningkat.

(Visited 181 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button