Politik

Daroyah didesak kosongkan kerusi DUN Sementa

TIMBALAN Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dan ADUN Sementa, Dr. Daroyah Alwi didesak supaya meletak jawatan dan mengosongkan kerusi kawasannya.

Desakan itu berikutan beliau didakwa mengkhianati mandat rakyat dengan mengumumkan keluar PKR pada petang tadi.

Susulan tindakan itu, ahli-ahli Cabang PKR di Kapar mengecam tindakan Daroyah serta pemimpin lain yang berbuat demikian sebelum itu.

“Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, Daroyah bertanding atas tiket PKR kemudian membelakangi parti, presiden dan mandat rakyat.

“Lupakah Daroyah yang dia bertanding dua penggal menggunakan lambang PKR? Pengundi membuat pilihan pangkah kepada lambang PKR, lupakah?

BACA > Merokok tetap dilarang di kedai makan — Suara Merdeka

Begitu persoalan dan kecaman dilontar kepada beliau oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Thiman Subbramaniam seperti dilaporkan portal MalaysiaGazette.

THIBAN SUBBRAMANIAM

Menurut beliau, ahli dan pemimpin PKR sebelum ini seolah-olah diperdaya dengan kesetiaan Daroyah.

Daroyah pada Februari lalu kelihatan hadir pada pertemuan dengan Ahli Parlimen di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Beliau dituduh terlibat dengan ‘Langkah Sheraton’ yang diwujudkan oleh bekas pemimpin parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum kerajaan itu jatuh pada hujung Februari.

Daroyah kemudian dilaporkan mendapat ‘pengampunan’ selepas bertemu dengan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyatakan kesetiaan dan sokongan.

“Sebenarnya Daroyah tidak lebih daripada taksub dengan pengkianat seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin daripada awal lagi.

BACA > Daroyah berani maju bersama dalam perjuangan yang suci, kata Azmin — Suara Merdeka

“Jadinya secara adil, jika anda telus dan benar, tolong jangan hanya keluar parti sebaliknya letak jawatan Timbalan Speaker DUN dan ADUN. Jangan sekadar acah-acah,” tempelak Thiban. – SM

(Visited 421 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button