Politik

Sub judis atau tidak, ‘Mahathirisme’ terus bernyala…

ANALISIS

BUKAN isu subjudis kah apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad `menjolok’ Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwanya akan `menentukan’ enam ahli parlimen UMNO – kini berdepan kes mahkamah atas tuduhan rasuah – tidak disabitkan kesalahan?

Salah seorang daripadanya ialah Datuk Seri Najib Tun Razak. Nasib bekas Perdana Menteri itu akan ditentukan oleh mahkamah 28 Julai depan sama ada disabitkan atau dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Prinsip sub judice bermaksud mana-mana yang menghalang perbincangan semasa prosiding mahkamah sedang berlangsung. Diwujudkan demi melindungi sesebuah prosiding mahkamah itu daripada sebarang pengaruh.

Hairan bila Dr Mahathir boleh pula sewenang-wenang mengeluarkan kenyataan provokatif hari ini dengan mengandaikan Muhyiddin akan menentukan enam orang wakil rakyat berkenaan akan didapati tidak bersalah.

Dalam kenyataannya itu, yang dilaporkan sebuah portal berita, Dr Mahathir menyebut selain Najib (Pekan), lima lagi yang lain ialah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan).

Bayangkan kalau yang melakukan provokatif sedemikian bukan Dr. Mahathir? Yakni, orang biasa-biasa dan tidak berstatus negarawan, apakah nasib orang itu hari ini?

Bayangkan, mahkamah tanpa dipengaruhi mana-mana pihak memutus untuk membebaskan keenam-enam wakil rakyat UMNO berkenaan yang telah melalui proses perbicaraan serta fasa pembuktian, maka adakah wajar dipertikaikan keputusan tersebut?

Kelihatannya jiwa raga Dr Mahathir masih bernyala untuk melakukan perang saraf (pswar) dalam usia beliau yang menginjak ke-95 pada 10 Julai depan.

Waima apa pun, Dr Mahathir sentiasa mempamerkan ciri-ciri Mahathirisme beliau. Ketika berucap pada Ceramah Perdana bersama Calon PKR P121 Lembah Pantai di pekarangan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di Kuala Lumpur 3 Mei 2018 – enam hari sebelum pengundian pilihan raya umum ke-14 – beliau mendakwa, 14 mangsa yang terkorban dalam tragedi berdarah Memali pada 1985 sebagai ‘mati katak’, bukan mati syahid.

Tindakannya itu mendatangkan marah ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS.Tidak kiralah apa tafsiran kematian mereka di Memali tetapi melabelkan ‘mati katak’ merupakan satu penghinaan yang amat teruk serta tidak boleh dimaafkan.

Sebagai langkah diversion, Dr. Mahathir menziarahi kubur bekas presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor di Kedah.

Banyak pihak terpegun dengan tahap desperado Mahathir yang begitu jelas. Ramai yang tidak tahu sekitar tahun 2000, Allahyarham Fadzil Noor pernah mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.

15 Tahun Pemergian Almarhum Ustaz Fadzil Noor | Buletinonline.netLebih menampakkan desperado Mahathir ialah apabila beliau juga suatu ketika bercadang untuk menziarahi kubur allahyarham Abdul Nik Aziz Nik Mat.Tetapi anak allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghalang lawatan yang dirancang itu.

 

“Ya keluarga tak izinkan, kalau beliau nak datang boleh datang selepas Pilihan Raya Umum Ke-14. Kita nampak ada kepentingan, kalau nak datang, datang selepas pilihan raya walaupun kalah atau menang” kata Nik Adli.

Psywar yang dilagukan Dr. Mahathir kelihatan begitu berkesan. Antaranya, adegan ‘keluar air mata’ di dalam video propaganda beliau dan berita tentang Mahathir mungkin masuk hospital, sehari dua sebelum hari mengundi pada 9 Mei ini.

Malah, seorang pemimpin Armada BERSATU juga menggunakan propaganda serupa dengan menyiarkan video kenyataan isteri Dr Mahathir di twitter beliau untuk meraih undi.

Ingatkah kita lagi pada PRU-13 apabila Lim Kit Siang juga menangis teresak-esak kononnya parti DAP terpaksa menggunakan logo PAS. Tetapi pada PRU-14, beliau tidak menangis pula apabila DAP menggunakan logo PKR. Adalah itu hipokrit namanya?

Tak mahu campur tangan politik buka kementerian sendiri - Bung Mokhtar

Kesemuanya itu menjuruskan kepada satu motif iaitu untuk mendapatkan undi simpati daripada para pengundi.

Diakui propaganda menagih simpati oleh orang-orang politik begitu berkesan apabila digunakan ke atas orang Melayu.

Kembali kepada isu kemungkinan sub judis atau tidak tadi, di era pentadbiran `22 bulan’ Dr Mahathir sebagai PM ke-7, semua pihak maklum dengan isu tertentu yang menimbulkan perdebatan masyarakat.

Apabila Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 3 September 2018 melepas dan membebaskan Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo serta ahli perniagaan, Phang Li Koon, daripada dakwaan bersubahat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari sama mengeluarkan respons, “amat terkejut”.

“SPRM ingin menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes itu telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya SPRM,” menurut kenyataan badan itu.

Semasa kerajaan `22 bulan’ yang lepas, selain isu penghinaan mahkamah dalam prosiding inkues kematian arwah Muhammad Adib, Peguam Negara juga beberapa kali didakwa oleh pihak tertentu sebagai telah bertindak secara pilih kasih dengan pengguguran pendakwaan terhadap beberapa kes melibatkan pimpinan Pakatan Harapan antaranya kes banglo Lim Guan Eng, isyarat lucah Siti Kassim dan kes berprofil tinggi yang melibatkan hubungan diplomatik seperti kes kematian pembantu rumah warga Indonesia Adelina Jerima Sau tanpa alasan munasabah.

Begitupun, adakah sesiapa boleh mengesahkan sama ada sub judis atau tidak akan kenyataan Dr. Mahathir semalam, yang begini bunyinya:

“Jika enam orang ini didapati bersalah oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat. Dengan itu penyokong Muhyiddin tinggal 108 – iaitu kurang dari separuh.

“Maka kerajaan Muhyiddin pun akan jatuh. Sebab itu Muhyiddin akan tentukan enam orang wakil rakyat akan didapati tidak bersalah.” – SM

(Visited 370 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button