Teater

Dari layar kini kisah Bujang Lapok ke pentas teater

Pertubuhan Pencinta Teater Himpunan Daya cipta Selangor Dan Wilayah PersekutuanΒ  Kuala Lumpur atau di kenaliΒ  dengan Teater Hidayah akan mementaskan Teater β€œBujang Lapok Kembalik Daa..” untuk program Kembara Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee.Pementasan yang akan di adakan pada 31 Mei – 2Jun 2024 selama 3 hari dan bertempat di Auditorium Daeng Chelak ,Muzium Sultan Alam Shah , Shah Alam Selangor.

 

Bujang Lapok Kembali Daa..yang di arahkan Siti Sarah Jamil dan olahan oleh Suky San,mengisahkan perjalanan tiga (3) sekawan untuk meneruskan kelangsungan hidup.Pelbagai cabaran di tempuhi oleh Bujang Lapok walaubagaimanapunΒ Β  keadaannya Bujang Lapok tetap tenang dan gembira.. .Kisah pengajaran,lucu dan sedih dari kreativiti yang di olah produksi untuk merealitasikan dalam bentuk persembahan teater.Adaptasi naskah daripada filem-filem seniman agung Allahyarham Tan Sri Ramlee Β dalam satu cerita di gabungkan dari selingan filem-filem seniman agung seperti Bujang Lapok,Seniman Bujang Lapok , Pendekar Bujang Lapok , Alibaba Bujang Lapok dan di selitkan juga babak Ibu Mertuaku. Selain genre komedi yang di bawakan,pelakon juga akan membawa watak berlainan dalam babak Ibu Mertuaku.

 

Menurut Pengarah Program Yusry Kamaruzaman,Teater Bujang Lapok memberi nafas baru kepada generasi muda serta penggiat seni dengan naskah ini agar masyarakat setempatΒ  tidak lupa karya -karya hebat seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan peredaran semasa. Menggarap kepekaan masyarakat terhadap seni dan karyaΒ  ,sekaligus mengimbaukan khalayak pada karya seniman agung Tan Sri P.Ramlee. yang membawa kita mengimbau sehingga kini.Produksi ini tidak sampai 20 orang yang bersemangat dan satu hati untuk melestariΒ  menjayakan pementasan Bujang Lapok ,walaupun keadaan produksi yang serba kekurangan terutamanya sumber kewangan .Teater Bujang Lapok Kembali Daa menampilkanΒ  Suky San (Ramlee), Yazid Asril (Sudin) ,Shahril Kamil (Aziz) dan penampilan Istimewa Najua P.Ramlee serta di bantu oleh Nina Hali (Mami),Β  Ika Angah (Sabariah), Apai Azha (Apek), Adibah Kahar (Ayu) , Dhaniyah (Marjina) ,Hazzley (Pendekar Mustar) dan Man Isa ( Mamu).

 

Pementasan ini mendapat kerjasama daripada Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor dengan sokongan Dewan Bahasa Dan Pustaka , Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara dan Majlis Teater Negeri Selangor .Untuk sebarang pertanyaan dan mendapatkan pas masuk menonton sila whatsapp nombor 013-3175433/017-2723472 /013-7004568 .

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button